Kelas ICT (Typing Web) dan Klik Dengan Bijak Sempena Hari Bersama Komuniti Kampung Stungkor Baru
30 Januari 2016 | Aktiviti TerkiniPada 29 Februari 2016, Pusat Internet 1 Malaysia Kpg Stungkor Baru telah mengadakan Hari Bersama Komuniti dengan kerjasama Pusat Internet 1 Malaysia Sibuluh, Pusat Internet 1 Malaysia Serasot dan Pusat Internet 1 Malaysia Krokong. Tujuan Hari Bersama Komuniti Kampung Stungkor Baru diadakan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara PI bersama komunti kampung di samping mempelajari penggunaan internet dengan betul melalui aktiviti Klik Dengan Bijak. Selain itu, pelbagai aktiviti telah diadakan iaitu meningkatkan kemahiran asas Microsoft Word melalui typing web iaitu menaip secara online dan aktiviti Klik Dengan Bijak iaitu bomb squad.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: